Thursday, October 26, 2017

27 TANDA ANDA SUDAH MENJADI HAMBA DUNIA


1. Anda tidak bersiap-siap saat waktu solat akan tiba.

2. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun membuka Al-Quran.

3. Anda selalu berfikir setiap waktu bagaimana caranya agar harta anda semakin bertambah.

4. Anda marah ketika ada orang yang memberikan nasihat bahawa perbuatan yang anda adalah haram.

5. Anda terus menerus menunda untuk berbuat amal soleh. "Aku akan mengerjakannya esok atau nanti atau seterusnya."

6. Anda sangat kagum dengan gaya hidup orang-orang kaya.

7. Anda selalu bersaing dengan orang lain untuk meraih cita-cita duniawi sehingga terabaikan amal ibadah.

8. Anda tidak merasa bersalah saat melakukan dosa-dosa kecil.

9. Anda tidak mampu utuk segera berhenti berbuat yang haram, dan selalu menunda taubat kepada Allah.

10. Anda tidak berkuasa berbuat sesuatu yang diredhai Allah sekiranya perbuatan itu boleh mengecewakan orang lain.

11. Anda sangat menumpukan perhatian terhadap harta benda yang sangat ingin anda miliki.

12. Anda merencanakan kehidupan hingga jauh kehadapan.

13. Anda menjadikan aktiviti belajar agama sebagai aktiviti pengisi waktu yang terluang sahaja.

14. Anda memiliki teman-teman yang kebanyakkannya tidak mengingatkan anda kepada Allah.

15. Anda hanya menilai orang lain berdasarkan status sosialnya di dunia.

16. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun memikirkan kematian, bahkan anda benci pada mati dan tak ingin memikirkannya.

17. Anda meluangkan banyak waktu sia-sia melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat bagi kehidupan akhirat.

18. Anda merasa sangat malas dan berat untuk mengerjakan sesuatu ibadah.

19. Anda tidak kuasa mengubah gaya hidup anda yang suka berfoya-foya walaupun anda tahu bahawa Allah SWT tidak menyukai gaya hidup seperti itu.

20. Anda diberi nasihat tentang bahaya memakan riba, akan tetapi anda beralasan bahawa beginilah satu-satunya cara agar tetap bertahan ditengah kesulitan ekonomi.

21. Anda ingin menikmati kehidupan ini sepuas-puasnya.

22. Anda sangat memberi perhatian dengan penampilan luaran anda.

23. Anda meyakini bahawa kematian dan hari kiamat masih lambat lagi dan lama lagi datangnya.

24. Anda ikut menguburkan orang lain yang meninggal, tetapi anda sedikit pun tidak dapat pengajaran dari kematiannya.

25. Anda mengerjakan solat dengan tergesa-gesa agar segera melanjutkan pekerjaan.

26. Anda tidak pernah berfikir bahawa hari ini boleh jadi hari terakhir anda hidup di dunia.

27. Anda merasa mendapatkan ketenangan hidup dari berbagai kemewahan yang anda miliki, bukan merasa tenang dengan mengingati Allah.

Semoga Allah melindungi kita dari hal tersebut dan semoga kita termasuk golongan hamba-hambanya yang soleh.

Wednesday, October 25, 2017

BERLUMBA DALAM KEMEWAHAN DAN KEMEGAHAN

Dalam surah ini, Allah SWT telah menjelaskan tentang hakikat kehidupan dunia. Penjelasan tersebut Allah ulang-ulang dalam beberapa ayat. Tujuannya agar manusia tahu, kemudian sedar dan muncul keyakinan bahawa hidup di dunia ini bukanlah yang hakiki. Diantara kita, hanya sebatas tahu bahawa kehidupan dunia ini bukanlah kehidupan yang kekal tetapi rasa sedar dan yakin belum masuk ke dalam hati kita.


Kita lihat keadaan peribadi kita pada saat ini dan orang lain secara umumnya. Kita menampakkan siapa yang memiliki perhiasan yang terbaik, kenderaan yang paling bagus, rumah yang paling besar dan megah, gajet paling baru dan lain-lain. Untuk berlumba-lumba tersebut kita pun memerlukan modal dan modal itu akan didapati daripada kerja keras dan mencurahkan waktu yang bukannya sedikit. Sehingga waktu dan umur kita pun habis.

Thursday, October 19, 2017

SURAH AT-TAKAATSUR

ASBABUN NUZUL




Ibnu Abu Hatim meriwayatkan dari Ibnu Buraidah yang berkata, "Ayat ini turun berkenaan dengan dua kabilah dari golongan Anshar iaitu Bani Haritsah dan Bani Harits yang saling membangga diri dan merasa lebih. "Apakah pada kalian ada yang seperti si Fulan dan si Fulan?" Pihak yang satu lagi juga melakukan hal yang serupa. Mereka saling membangga diri dalam hal orang-orang yang masih hidup.

Selanjutnya, mereka saling berkata, "Mari pergi ke perkuburan sambil menunjuk-nunjuk ke perkuburan. kedua pihak juga saling berkata, "Apakah pada kalian ada yang sehebat si Fulan dan si Fulan?" Allah lalu menurunkan ayat, "Bermegah-megahan telah melalaikan kamu sampai kamu masuk ke dalam kubur."

Ibnu Jarir meriwayatkan dari Ali yang berkata, "Sebelumnya, kami agak ragu-ragu terhadap keberadaan azab kubur hinggalah turun ayat, "Bermegah-megahan telah melalaikan kamu," sampai ayat 4, kemudian sekali-kali tidak. Kelak kamu akan mengetahui yang berbicara tentang azab kubur.